Assalamualaikum wbt...Resepi Cheese cake kembali lagi. nie tgh kemaruk search cheese cake punyer pattern...kali ini kiter pekena lak resipi adik beradik cheese cake iaitu..jeng..jeng jeng...
Resipi Lemon Cheese cake...very deee.... meh tgk sini... bahan-bahannyer...
tapi sebelum tuu..mama nak bagitau...entry ni mama dapat dari blog irma just for my colection..ni bukan mama yg buat tau..tapi suatu hari nanto mama akan cuba buat sendiri n update citer pasal cheese cake ni by my own story...so jgn konfius-confius lak yee kengkawan....
citernyer berbunyi begini.... jeng jeng jeng....
Bahan-bahan untuk membuat Lemon Cheese Cake ialah...
2 cawan biskut Digestive atau biskut yang bernama Marie. Kalau suka base tebal. Boleh tambah biskut lagi. Saya punya nipis ja.
2 sudu besar marjerin biasa. Yang guna untuk sapu roti. Tak perlu pakai jenama Butter Cup atau Butterfingger (tipu).
2 bekas soft cheese cap Philadelphia. Pengguna setia (ceeewaaahhh).
1 cawan gula.
3 biji telur. Dibasuh dan dilap kering.
1 1/2 sudu kecil esen vanilla.
2 sudu besar tepung gandum. Tak perlu membumbung.
Pelakon utama. Tadaaa. 2 biji lemon. Untuk diparut dan diambil jusnya. Kalau takda ni taklah namanya Lemon Cheese Cake.
Cara-cara membuat sebiji Lemon Cheese Cake Yang Memang (baca:SANGAT. tak tipu. Diakui oleh mereka yang sudah merasai. 80 orang peserta MEKAR. Kurang-kurang 40 orang yang rasa. Lebih tu bertuah la. 3 biji untuk 80 orang. hehe) SEDAP.
Parut kulit lemon. SEE. Baik tak saya..? (;P) sampaikan gambar pemarut pun saya glamerkan. wawawa. PARUT BAIK-BAIK TAHU. Jangan sampai isi putih tu termasuk dalam parutan. RESEPI NAK KULIT LEMON SAHAJA. Apa akan jadi kalau TERparut isi yang berwarna putih? Haaa... Alamatnya nanti kalau cheese cake anda ada rasa pahit. INILAH PUNCANYA. Isi yang berwarna putih akan menghasilkan rasa pahit pada cheese cake anda. PERCAYALAH.
Saya pun punyalah CUAK (tak tipu) masa parut kulit lemon. Parut dengan PERLAHAN dan sangat BERHATI-HATI. Sampai satu tahap. Tak terparut kulit lemon. TAKUT PUNYA PASAL. hahaha.
Dua biji lemon akan menghasilkan parutan yang sedikit sahaja. Anda mesti akan kata dalam hati. Termasuklah saya. ngehngehngeh. " Errr.. CUKUP KE sikit ni nak bagi rasa lemon..?"
Sifu kata.. " Cukup..."
Anak murid dalam hati, " Yalah.. Baik sifu. Jangan DERHAKA.." =)
Kemudian, ambil 2 biji lemon yang diparut kulit. Perah dan campurkan dengan parutan kulit lemon.
Naahh.. terus bagi gambar cheese dengan telur ye. hehe. Biar saya terangkan ajelah ye...
Sebaik-baiknya semua bahan berada dalam SUHU BILIK. Untuk memudahkan kerja-kerja nanti.
Kosong
(sengalkan. guna kosong. sebenarnya dah taip sampai no dua baru
teringat tak terang pasal biskut.ekekek)... Seperti biasa. Biskut
dikisar sehingga halus. Masukkan marjerin dan cairkan selama 15 saat
dalam microwave. Kalau takde microwave. Cairkan atas api pun boleh.
HATI-HATI ya. Marjerin tu sedikit panas kalau terus pegang dengan
tangan. Gunakan sudu.
Bila dah gaul sebati biskut dan
marjerin. Tekan atas tin yang sudah dialas dengan kertas minyak.
Masukkan dalam peti ais sementara kita siapkan adunan bahagian atas.
Pertama...
Pukul soft cheese dalam mangkuk yang bersih dan kering selama 2 minit.
Kalau soft cheese masih berketul lagi. Tambah seminit lagi.
Kedua...
Masukkan gula dan teruskan memutar lebih kurang 2 atau 3 minit.
Agak-agak gula dah sebati. Cukup. Masukkan tepung pula. Sambung pukul
lagi. Kaup adunan di bahagian tepi mangkuk yang kurang mendapat
perhatian mixer. Pukul lagi selama 1 minit.
Ketiga...
Masukkan telur yang sudah dibasuh dan dikeringkan SATU PERSATU. Bukan
sekaligus. Satu biji kemudian putar. Pecahkan yang kedua kemudian putar.
Sampailah ketiga. Kemudian putar sampai semuanya sebati.
Keempat...
Masukkan esen vanilla dan jus lemon + parutan kulit tadi. Putar
sehingga sebati dalam 1 minit. Kaupkan lagi sekali adunan bahagian tepi
mangkuk yang sememangnya kurang mendapat kasih sayang (hoho) dan pukul
lagi sehingga semuanya sebati.

Agak-agak adunan anda dah jadi seperti gambar di atas. Oklah tu. Lulus dah jangan risau. heheh.

Masukkan adunan cheese ini ke dalam tin. Goyangkan sedikit untuk mendapatkan permukaan yang cantik.
Membakar Dengan Teknik Waterbath.
Satu...
Potong dua keping aluminium foil yang sama panjang. Agak-agak boleh
menutup sekeliling tin cake. Bentangkan dalam kedudukan satu melintang
dan satu menegak.
Dua... Letakkan tin cake di atas aluminium foil. Balut sekelilingnya dengan kemas.
Tiga...
Letakkan tin di atas loyang pembakar seperti gambar di atas. Masukkan
dahulu loyang ke dalam oven. Kemudian baru masukkan air panas di
sekeliling loyang. (Faham tak..?) Dari anda semua letakkan air panas
dahulu baru masukkan dalam oven. BERAT, PANAS dan BAHAYA.
Suhu Untuk Membakar.
Selepas
membakar 4 biji cheese cake bersama sifu. Yang terakhir 1 biji sendiri (
dah pandai la kononnya kan. hehe). Saya telah menukar suhu dari 170'C
kepada 150'C selama 50 minit. Dengan suhu ini cheese cake anda akan
menghasilkan permukaan yang CANTIK, GEBU dan YANG PASTI (Insyaallah dengan izin ALLAH) TIDAK MEREKAH.
Selepas
50 minit, anda akan melihat seolah-olah permukaan di tengah-tengah kek
tidak masak. Bila digoyang sepertinya masih lagi lembik bukan. TAK APA.
Itu memang akan terjadi. Makanya, keluarkan tin pembakar yang
mengandungi air tadi. Biarkan tin cake di dalam oven selama beberapa
jam. Kek akan masak dengan lebihan panas atau haba yang masih ada di
dalam oven. Selain itu, ini untuk mengelakkan cheese cake sejuk dengan
MENGEJUT yang mana akan membawa kepada kemungkinan untuk MEREKAH. Ohh
Tidak.. Mohon dijauhkan.!! huahua.
Tadaaa... Inilah hasilnya. Lemon Cheese Cake yang MENJADI.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah swt.
Selepas
dibiarkan kesejukan di dalam peti ais semalaman. Inilah hasilnya. Petua
kami ( sifu dan saya. eceehh nak masuk jugak nama.) Buatlah cheese cake
di waktu malam. Ini untuk mengelakkan suara-suara sumbang yang akan
bertanya.
" ummi, bila boleh makan..?"
"Mama, lambat lagi ke nak siap..?"
" Ibu, kakak nak rasa sekarang boleh tak..?"
"Mama, lambat lagi ke nak siap..?"
" Ibu, kakak nak rasa sekarang boleh tak..?"
Nak
lagi geram kalau yang besar pun sama naik dengan anak-anak jugak.
hahaha. Bukan tak faham bahasa. Tapi dah TERUJA tengok cheese cake yang
GEBUSS itu kan. hehehh.
Nak nak lagi bila tengok yang dah siap berhias dengan strawberri pulak. Aduii. Mana boleh tahan. hehe. Habis semua diet dah dicampak ke laut.
Alhamdulillah. siap juga entry ini. SELEPAS DIPERAM SELAMA 10 HARI. Pheeww.. Rentung hangus kalau masak macam ni. (kuengkuengkueeenngg.)Apa pun. Selamat Mencuba ye..!! (haa tuu dari blog irma tuu...)
haa....
Di kesempatan ini..mama nak ucapkan thanks alot kat blog fazlinil irma yg sudi kongsi pasal cheese cake nie.... semua entry pasal cheese cake ni mama copy dari dia punyer jer dulu..untuk koleksi mama..sbb..mama teringin sesgt nak buat sendiri suatu hari nanti...
so next time, xyah cari2 dah...ta daaa...ambik jer resipi ni sbb dah tunjuk n explain satu persatu..
satu hari nanti..bila mama dah gagahi diri untuk buat sendiri...mama akan masukkkan kat entry ni..bezanyer tuuu yg hand made mama punyer laa....so jangan terkonfius lak nanti.... k jumper lagi...
No comments:
Post a Comment