Sunday, February 5, 2012

Moero Attack..Citer Jepun dulu...

Moero Attack

Korang ingat lagi citer jepun yang dah alih bahasa melayu tajuk Moero Attack ni. sampai skang aku ingat lagi lagunya. Sampai ada yang membahasa melayukan lagu itu. Aku hafal yang bahasa melayu tu le. Hahaha.. nanti aku di bawah ni aku tinggalkan lirik lagu yang dah dibahasa melayukan tu. Aku teringatkan cerita ni masa melawat blog si pjoe. korang boleh tengok klip dalam blog pjoe.

Perkataan yang paling aku ingat "Summersault berpusing" yang selalu dijeritkan oleh si Chun tu. Chun tu le heroin citer ni. Memang cun, dengan rambut yang diikat dua macam telinga arnab. Punya la popular ikatan rambut tu dulu. Iklan yang menaja citer ni pun popular sampai sekarang.

Pengaruh cerita ni memang kuat. Aku sampai tiap2 hari akan berdiri secara terbalik kat dinding. Lepas tu setiap petang bermain bola tampar menggunakan bola sepak adik aku. punya la sakit tangan. tapi sebabkan penangan citer moero attack ni, aku dengan kawan2 aku yang lain berkobar-kobar masuk persatuan bola tampar kat sekolah. Punya la excited masa tu masing2 nak jadi si Chun ni. Hahahaha...

Lirik lagu tema yang telah di bahasa melayukan oleh kawan2 aku
(sila nyanyi dengan irama lagu tema tersebut)

Seorang gadis atlit, Chun namanya
Bercita2 ingin berjaya,
Chun main bola tampar
Pasukan Baikushi
Dia seorang yang baik hati,
Chun, Kapten dan Yojhia
tiga sahabat pergi olimpik
sayang gugur seorang
Yojhia teman tersayang,
tinggallah chun seorang
dari pasukan baikushi
semoga chun berjaya
membuat summersault!

Hahahaha... geli hati!
Inilah atlit mamatwins.... Cun & Cin

No comments:

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails