Wednesday, July 25, 2012

Lagu Loghat Terengganu - Kerabu Pucuk Paku


hok ni klakar skit..orang ganu kiter cakkak...hubby mama suka bangattt laa lagu nih...

Nyanyian Mat Over

Kerabu pucuk paku sayur kacang
Panggang ikan puyu tumbuk sambal belacang
Celur pucuk labu buat ulang
Tanok nasik berah usang

Ikang kering anak tambang
Nak makang sedak kite pitih tak dok
Bini beranok rapak anak ramai telajok
Kalau pisang sikat kita dok dang koyok

Ade lagi hok duk teriok
Hok ni kecing hok tu berok
Tambah pulak keje buleh sikit-sikit
Banyak hok duk saje perabih duit

Lepah-lepah ise dok dang makang nasik
Bosang anak duk jerit
Pagi-pagi mintok duit
Kadang-kadang mari fikir dalam hati

Macam mana care nak tambah rezeki
Mujur pagi ni ada saing mari
Ajak niaga kecik-kecik
Rasa senang dalam hati

Ambo niaga buat kerusi rotan
Ada warna coklat warna hitang
Nok hantor dekat jabat kerah tangang (kraf tangan)
Jalan conlay bukit bintang
Boleh tambah pendapatang

Begitulah cara kalu mahu hidup
Buat apa saje yang kita sanggup
Jangan duduk saja buwak bucit perut
Lama-lama boleh meletup
Anak bini boleh cabut

Orang tua dulu ada bese pesang
Kalu-kalu kita nak wi anak jarang
Rebuh akar kayu bui bini makang
Sepuluh tahun buleh sorang
Baru ceroh mase depang..


mmm...gitulaa citernyer...bak kater mat over...

Kosong - Najwa Latif (studio version)


haa... yang ni pun bet gak...
takpe laa..malam ni malam mama layan lagu.... check it out...

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong… kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong… kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan

Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong… kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong… kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong… kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong… kosong


mmm...enjoy urself....bye...

Tasha Manshahar - Be Mine (Original)

Lirik Lagu Be Mine – Tasha Manshahar

Icha pun suka lagu nie...
 Hari ni, mama nak kongsi lagu best...anyway just best pada mama laa...sbb bila dgr lagu tasha nie...cam relax jer raser..maybe sesuai musicdier ngan jiwa mama time nie kot...

semenjak dua menjak ni..mama suka download lagu-lagu nyanyian tasha manshahar nie..dia nyanyi pun style relex jer...sukaa bangeet...
 lagi satu lagu yang anak kampung yang dia balas lagu asal tuu..haa next time mama masukkan lirik yang tuu lak yee..tunggu....

untuk hari ni..jom layan lagu nie....

Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu

You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh

Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang

Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja

Chorus

Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me

Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you

Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever

Lirik Lagu Be Mine-Tasha Mashahar

Monday, July 23, 2012

Resipi Oreo Cheese Cake... jom kiter cuba

Assalamualaikum wbt...



hari ni mama duk mencari resipi oreo..tadaa...dapatla dari satu blog irmadilondon... thanks 4 sharing this recipies...

Jom kengkawan..kiter cuba buat nie...

bahan-bahannyer





Bahan-bahan untuk dasar biskut :

2 cawan penuh biskut Oreo ( kalau suka tebal. Lebihkan lagi)
2 sudu besar  butter
1/4 cawan brown sugar
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis

Bahan untuk Cheese Cake :

2 bekas soft cheese jenama Philadelphia ( 300 gram setiap bekas)
1 cawan gula
1/3 cawan sour cream
3 biji telur
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu teh esen vanilla
1 biji jus lemon yang diperah
1 1/2 cawan biskut Oreo yang dihancurkan (belah 4)

Hiasan (takda pun x apa) :

1 paket kecil milk chocolate
1/2 cawan whipped cream


Cara untuk membuat dasar kek :

1.  Hancurkan biskut yang dah dikeluarkan krimnya. Kalau ada pengisar kering lagi senang. Cepat kerja. Nak kerja renyah pun ada. Masukkan biskut dalam plastik. Kemudian ketuk dengan lesung batu atau kayu pencanai. hehe.

2.  Gaulkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Gaul dan cuba genggam sehingga boleh dikepal. Kalau anda tambah kuantiti biskut. Makanya silalah tambah sedikit lagi kuantiti butter ya.

3.  Kemudian tekan di atas loyang yang sudah dialas dengan kertas minyak.

4.  Sejukkan di dalam peti ais sebentar. Kemudian bolehlah teruskan dengan kerja-kerja membuat adunan cheese.


Cara-caranya :

1.  Dedahkan soft cheese Philadelphia pada suhu bilik untuk memudahkan kerja-kerja memukul. Sebaiknya satu jam atau dua sebelum kerja-kerja memasak dimulakan.

2.  Pukul cheese dengan menggunakan mixer pada kelajuan sederhana selama 3-4 minit. Sehingga cheese benar-benar kembang. 

Kalau takda mixer pun tak apa. Gunakan tangan yang Allah berikan untuk tujuan memukul. Memang susah sedikit. Pengalaman saya membuat cheese cake dengan menggunakan manual (baca:tangan). Masa yang diambil untuk memukul cream cheese sahaja ialah 20 minit ya kawan-kawan. Ada berani kah? ;)

3. Bila cheese dah kembang. Masukkan gula dan teruskan memutar selama 3-4 minit lagi. Bila nampak gula dah sebati denga cheese kira ok la.

4.  Seterusnya masukkan sour cream dan terus memutar untuk jangka masa 3-4 minit lagi. Tak perlu putar lama-lama. Cukup sekadar bahan tu sebati. Lepas ni nak putar bahan lain lagi.

5.  Kemudian, masukkan tepung, jus lemon dan esen vanilla. Teruskan kerja-kerja memutar lagi ye. Kali ni tak perlu lama. 1 atau 2 minit dah cukup.

6.  Kaupkan bahagian tepi bahan yang kurang mendapat kasih sayang mixer.

7.  Pecahkan telur sebiji. Putar selama 1 minit. Kemudian pecahkan sebiji lagi. Putar 1 minit. Pecahkan telur yang terakhir dan pukul lama sikit. 2-3 minit.

Untuk terakhir kali. Kaupkan semua bahan supaya sebati dan bersatu dengan yang lain. Bersihkan tepi-tepi mangkuk yang bersepah akibat dari percikan semasa memutar.

Keluarkan bekas yang mengandungi dasar kek. Patahkan biskut Oreo dengan menggunakan pisau untuk mendapatkan pecahan yang cantik. Tapikan, bila dah tenggelam dalam adunan. Tak nampak dah pun cantiknya. kehkehkeh.

Untuk membakar :


Gunakan kaedah water bath. Rujuk entry sebelum ini. Di sini.

Suhu yang digunakan ialah 150' C atau untuk gas pada tanda no 4 selama 45 minit. Sekiranya menggunakan dapur gas. Anda perlu tambah 10 minit sekiranya kek menampakkan tanda-tanda masih lembik sangat di tengah apabila digoyangkan.

Kemudian tutup api oven. Keluarkan aluminium foil. Kalau tak nanti kek lembab kat bawahnya. 


Biarkan kek di dalam oven selama 2-3 jam sebelum dikeluarkan. Masa ni bila digoyangkan bekas akan nampak seolah kek belum masak sepenuhnya. Tak apa. nanti bila dah dibiarkan 2-3 jam lagi selepas api ditutup. Kek akan masak lagi dengan saki baki panas yang ada.



Selepas tu masukkan dalam peti ais. Nak bagi sejukkan dia sebelum dimakan. Paling kurang 4 jam.. Kalau buat malam. Esok pagi boleh makan dah. Kalau tak sabar. haha.
4 jam tu dah ok la. Kalau lama sangat nanti susah nak keluarkan. Dia dah melekat kat tepi loyang. Nanti tak cantik bila nak keluarkan. 

Untuk hiasan :

Kalau tak nak letak ganache atau coklat cair pun tak apa. Terpulang. 

Kaedah satu :

Pecahkan satu peket kecil milk chocolate kepada ketulan kecil. Cairkan menggunakan kaedah double boiled atau masukkan ke dalam microwave selama 20 saat. Keluarkan kacau. Kalau masih berketul, tambah lagi 10 saat. Jangan dicairkan terlalu lama. Nanti hangus coklat tu ye kawan-kawan.

Bila coklat dah cair. Masukkah whipped cream dan kacau sehingga sebati.

Kaedah dua :

Masukkan whipped cream dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

Tuang ke dalam mangkuk yang berisi coklat. Kacau sehingga coklat cair kesemuanya.

Tuangkan atas Oreo Cheese Cake yang sudah dikeluarkan dari loyang. Biarkan sejuk selama sejam.

Kemudian boleh di hidang.



Tadaaa... 

Selesai ketiga-tiga resepi cheese cake yang diexplore dari blog irmadilondon




                                          Meh, aper tunggu lagi..jom kiter pakat2 cuba yeee...

Akhir kata...


Selamat mencuba.

Sunday, July 22, 2012

Resepi Blueberry Cheese Cake...


Blueberry Cheese Cake Yang Menjadi Pujaan ramai.

Ececeee.. Perasan..!!


Assalamualaikum wbt...
Ok. ni lak saya akan kongsi resepi ni satu persatu. biar boleh samer2 kengkawan buat...


Bismillahirrahmanirrahim...




Bahan-bahan untuk membuat sebiji Blueberry Cheese Cake ialah...



1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.



2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap satu seberat 300 gram. Kalau tanya jenama lain saya tak tahu. Tu kena tanya chef lain.. Ikut ye cakap tok guru. Jangan pandai-pandai nak derhaka lagi. Nanti dah terer baru kita derhaka eh. Derhaka sama-sama. ;P


2 sudu besar butter tak payah membumbung. Biasa-biasa sahaja. Lebih nanti berminyak.


3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.


1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.


2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.


1 1/2 sudu kecil esen vanilla. Nak senang guna ja penutup esen. Jimat sudu. Tak perlu basuh.


1/4 sudu kecil almond extract.
1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)
. Ini ayat tok guru. Saya copy paste. Ikut. Jangan derhaka.

Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.



Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. mama rasa 2 sudu tu dah ngam-ngam boleh kepal. Melainkan kalau korang guna biskut lebih. Tu kena pandai-pandai adjust sikit ye.


Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat.Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.

Gunakan spring form cake tin seperti di atas. Tujuannya... supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.



Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Pastikan peralatan yang digunakan kering. Semua alatan dilap biar kering sebelum digunakan.



Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.


Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye.. =)



Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.



Taraaa... Inilah hasilnya.



Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.


                                    mmm nie kalau bawak gi sekolah nie..gerenti abis....
Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam). Cheesecake yang tak sejuk tak sedap, percayalah..
suhu yang sesuai untuk membakar cheese cake ialah 145' atau 150' selama lebih kurang 55 minit dengan menggunakan teknik waterbath. Dengan suhu ini kek akan masak secara perlahan.

Kalau bakar terus alamatnya memang sah-sah akan crack. HuHu. Itulah yang nak dielakkan oleh setiap pembuat cheese cake. Dalam hati mesti crack jugak sikit kan. Biasalah, takkan nak tunjuk. Huahuaaa.


Kaedah waterbath dari youtube.cuba tgk sini..

Untuk lagi mudah. Masukkan dulu bekas ke dalam oven. Kemudian baru dituang air panas.


Selamat Mencuba..!!

Saturday, July 21, 2012

Resipi Lemon Cheese Cake



Assalamualaikum wbt...Resepi Cheese cake kembali lagi. nie tgh kemaruk search cheese cake punyer pattern...kali ini kiter pekena lak resipi adik beradik cheese cake iaitu..jeng..jeng jeng...

Resipi Lemon Cheese cake...very deee.... meh tgk sini... bahan-bahannyer...

 tapi sebelum tuu..mama nak bagitau...entry ni mama dapat dari blog irma just for my colection..ni bukan mama yg buat tau..tapi suatu hari nanto mama akan cuba buat sendiri n update citer pasal cheese cake ni  by my own story...so jgn konfius-confius lak yee kengkawan....

citernyer berbunyi begini.... jeng jeng jeng....


Bahan-bahan untuk membuat Lemon Cheese Cake ialah...

2 cawan biskut Digestive atau biskut yang bernama Marie. Kalau suka base tebal. Boleh tambah biskut lagi. Saya punya nipis ja.

2 sudu besar marjerin biasa. Yang guna untuk sapu roti. Tak perlu pakai jenama Butter Cup atau Butterfingger (tipu).

2 bekas soft cheese cap Philadelphia. Pengguna setia (ceeewaaahhh).

1 cawan gula.

3 biji telur. Dibasuh dan dilap kering.

1 1/2 sudu kecil esen vanilla.

2 sudu besar tepung gandum. Tak perlu membumbung.

Pelakon utama. Tadaaa. 2 biji lemon. Untuk diparut dan diambil jusnya. Kalau takda ni taklah namanya Lemon Cheese Cake.

Cara-cara membuat sebiji Lemon Cheese Cake Yang Memang (baca:SANGAT. tak tipu. Diakui oleh mereka yang sudah merasai. 80 orang peserta MEKAR. Kurang-kurang 40 orang yang rasa. Lebih tu bertuah la. 3 biji untuk 80 orang. hehe) SEDAP.

Parut kulit lemon. SEE. Baik tak saya..? (;P) sampaikan gambar pemarut pun saya glamerkan. wawawa. PARUT BAIK-BAIK TAHU. Jangan sampai isi putih tu termasuk dalam parutan. RESEPI NAK KULIT LEMON SAHAJA. Apa akan jadi kalau TERparut isi yang berwarna putih? Haaa... Alamatnya nanti kalau cheese cake anda ada rasa pahit. INILAH PUNCANYA. Isi yang berwarna putih akan menghasilkan rasa pahit pada cheese cake anda. PERCAYALAH.

Saya pun punyalah CUAK (tak tipu) masa parut kulit lemon. Parut dengan PERLAHAN dan sangat BERHATI-HATI. Sampai satu tahap. Tak terparut kulit lemon. TAKUT PUNYA PASAL. hahaha.

Dua biji lemon akan menghasilkan parutan yang sedikit sahaja. Anda mesti akan kata dalam hati. Termasuklah saya. ngehngehngeh. " Errr.. CUKUP KE sikit ni nak bagi rasa lemon..?"

Sifu kata.. " Cukup..."

Anak murid dalam hati, " Yalah.. Baik sifu. Jangan DERHAKA.." =)




Kemudian, ambil 2 biji lemon yang diparut kulit. Perah dan campurkan dengan parutan kulit lemon.

Naahh.. terus bagi gambar cheese dengan telur ye. hehe. Biar saya terangkan ajelah ye...

Sebaik-baiknya semua bahan berada dalam SUHU BILIK. Untuk memudahkan kerja-kerja nanti.



Kosong (sengalkan. guna kosong. sebenarnya dah taip sampai no dua baru teringat tak terang pasal biskut.ekekek)... Seperti biasa. Biskut dikisar sehingga halus. Masukkan marjerin dan cairkan selama 15 saat dalam microwave. Kalau takde microwave. Cairkan atas api pun boleh. HATI-HATI ya. Marjerin tu sedikit panas kalau terus pegang dengan tangan. Gunakan sudu.


Bila dah gaul sebati biskut dan marjerin. Tekan atas tin yang sudah dialas dengan kertas minyak. Masukkan dalam peti ais sementara kita siapkan adunan bahagian atas.


Pertama... Pukul soft cheese dalam mangkuk yang bersih dan kering selama 2 minit. Kalau soft cheese masih berketul lagi. Tambah seminit lagi.


Kedua... Masukkan gula dan teruskan memutar lebih kurang 2 atau 3 minit. Agak-agak gula dah sebati. Cukup. Masukkan tepung pula. Sambung pukul lagi. Kaup adunan di bahagian tepi mangkuk yang kurang mendapat perhatian mixer. Pukul lagi selama 1 minit.


Ketiga... Masukkan telur yang sudah dibasuh dan dikeringkan SATU PERSATU. Bukan sekaligus. Satu biji kemudian putar. Pecahkan yang kedua kemudian putar. Sampailah ketiga. Kemudian putar sampai semuanya sebati.


Keempat... Masukkan esen vanilla dan jus lemon + parutan kulit tadi. Putar sehingga sebati dalam 1 minit. Kaupkan lagi sekali adunan bahagian tepi mangkuk yang sememangnya kurang mendapat kasih sayang (hoho) dan pukul lagi sehingga semuanya sebati.


Agak-agak adunan anda dah jadi seperti gambar di atas. Oklah tu. Lulus dah jangan risau. heheh.


Masukkan adunan cheese ini ke dalam tin. Goyangkan sedikit untuk mendapatkan permukaan yang cantik.


Membakar Dengan Teknik Waterbath.
Satu... Potong dua keping aluminium foil yang sama panjang. Agak-agak boleh menutup sekeliling tin cake. Bentangkan dalam kedudukan satu melintang dan satu menegak.


Dua... Letakkan tin cake di atas aluminium foil. Balut sekelilingnya dengan kemas.


Tiga... Letakkan tin di atas loyang pembakar seperti gambar di atas. Masukkan dahulu loyang ke dalam oven. Kemudian baru masukkan air panas di sekeliling loyang. (Faham tak..?) Dari anda semua letakkan air panas dahulu baru masukkan dalam oven. BERAT, PANAS dan BAHAYA.


Suhu Untuk Membakar.

Selepas membakar 4 biji cheese cake bersama sifu. Yang terakhir 1 biji sendiri ( dah pandai la kononnya kan. hehe). Saya telah menukar suhu dari 170'C kepada 150'C selama 50 minit. Dengan suhu ini cheese cake anda akan menghasilkan permukaan yang CANTIK, GEBU dan YANG PASTI (Insyaallah dengan izin ALLAH) TIDAK MEREKAH.


Selepas 50 minit, anda akan melihat seolah-olah permukaan di tengah-tengah kek tidak masak. Bila digoyang sepertinya masih lagi lembik bukan. TAK APA. Itu memang akan terjadi. Makanya, keluarkan tin pembakar yang mengandungi air tadi. Biarkan tin cake di dalam oven selama beberapa jam. Kek akan masak dengan lebihan panas atau haba yang masih ada di dalam oven. Selain itu, ini untuk mengelakkan cheese cake sejuk dengan MENGEJUT yang mana akan membawa kepada kemungkinan untuk MEREKAH. Ohh Tidak.. Mohon dijauhkan.!! huahua.


Tadaaa... Inilah hasilnya. Lemon Cheese Cake yang MENJADI.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Semuanya dengan izin Allah swt.



Selepas dibiarkan kesejukan di dalam peti ais semalaman. Inilah hasilnya. Petua kami ( sifu dan saya. eceehh nak masuk jugak nama.) Buatlah cheese cake di waktu malam. Ini untuk mengelakkan suara-suara sumbang yang akan bertanya.
" ummi, bila boleh makan..?"




"Mama, lambat lagi ke nak siap..?"




" Ibu, kakak nak rasa sekarang boleh tak..?"
Nak lagi geram kalau yang besar pun sama naik dengan anak-anak jugak. hahaha. Bukan tak faham bahasa. Tapi dah TERUJA tengok cheese cake yang GEBUSS itu kan. hehehh.



Nak nak lagi bila tengok yang dah siap berhias dengan strawberri pulak. Aduii. Mana boleh tahan. hehe. Habis semua diet dah dicampak ke laut.


Alhamdulillah. siap juga entry ini. SELEPAS DIPERAM SELAMA 10 HARI. Pheeww.. Rentung hangus kalau masak macam ni. (kuengkuengkueeenngg.)
Apa pun. Selamat Mencuba ye..!! (haa tuu dari blog irma tuu...)




haa....
Di kesempatan ini..mama nak ucapkan thanks alot kat blog fazlinil irma yg sudi kongsi pasal cheese cake nie.... semua entry pasal cheese cake ni mama copy dari dia punyer jer dulu..untuk koleksi mama..sbb..mama teringin sesgt nak buat sendiri suatu hari nanti...


so next time, xyah cari2 dah...ta daaa...ambik jer resipi ni sbb dah tunjuk n explain satu persatu..


satu hari nanti..bila mama dah gagahi diri untuk buat sendiri...mama akan masukkkan kat entry ni..bezanyer tuuu yg hand made mama punyer laa....so jangan terkonfius lak nanti.... k jumper lagi...

Friday, July 13, 2012

Hari Yang Menyentuh Hati...

mmm... hari nie hati mamatwins raser cukup tersentuh...entahlaa kenapa yeee...

Sebenarnyer hari ni, kami geng pagi buat makan2 skit kat sekolah..konon2 sebelum menjelang bulan puasa...
memang meriah diorang nie..menu hati nie..laksa penang..jibah tukang masakkan kuah laksa...

mama import khas orang penang utk buat kuahnyer...yang bab2 ulam, laksa...kiterorg kongsi pakat2 bawak...kengkawan mama ni bab2 makan, memang sporting orangnyer..tak kira tua ataupun muda... bab makan memang kami satu aliran... kira boley masuk geng laa semuanyer....

makan punyer makan tup2 dalam kemeriahan berborak-borak ngan adik2 nih... tiba2 gb lamer kami datang..Tuan Hj Musa...

Mmm mama memang dah lamer tak jumper dia... memang kengkadang dia selalu datang...jumpernyer kat kantin selalunyer..

Agak2nyer Tuan Hj Musa nie langkah kanan hari ni...dapatla makan laksa penang kongsian buatan kami semua....  dalam borak2 biasa tuu...ader satu part yang cukup mengharukan mama...

entahla..tetiba jer raser cam rindunyer kat suara dia...suara seorang ayah untuk seorang anak...di saat anaknyer berada dalam keadaan yang memerlukan sokongannya...

Memang Tuhan dah kurniakan dia suatu kelebihan..kami terasa kehilangannyer...Mungkin mama nie sebab dah tiada ayah dan ibu...menyebabkan suaranyer dan keprihatinannyer sewaktu bersama kami walaupun seketika sempat membuatkan mama rindukannyer.... Tapi Alhamdulillah, kata-katanyer dapat menyuburkan kembali semangat kami guru-guru tahun 6 untuk meneruskan perjuangan bersama anak-anak didik kami...

Mama terasa seperti terlalu dekat padanyer di saat mama pernah di suatu ketika berada dalam keadaan tiada pegangan untuk hidup..Dialah jua penyuntik semangat mama...

Waktu tu..suami mama berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan...kesakitannyer yang susah untuk dinyatakan waktu itu membuatkan mama hilang arah tujuan...

mama tiada ibu dan ayah untuk mengadu... 
mama masih bersama anak-anak yang belum mengerti erti kesedihan dan keperitan hidup... 
untuk menyatakan kepada kakak-kakak dan abang-abang yang berada di kampung, raser seperti takut untuk menyusahkan diri mereka memikirkan masalah keluarga mama di saat itu yang terlalu jauh dari pandangan mata mereka... 

mahu atau tidak, mama terpaksa gagahi hidup dalam sebuah senyuman demi untuk anak-anak didik mama, untuk rakan-rakan mama, untuk buah hati anak-anak mama dan untuk seorang suami peneman hidup yang amat mama cintai....

Walaupun di saat itu, mama berada dalam keadaan sarat mengandungkan Arissa... tetapi segala kesakitan, penat, lenguh semuanyer terpaksa mama buangkan jauh-jauh demi untuk bantu suami mama yang lebih menyalami kesakitan di saat itu... Dia lebih memerlukan bantuan mama... 

Mama cuba kuatkan hati, kuatkan diri dan cekalkan jiwa untuk meyakinkan suami tercinta mama untuk meneruskan kehidupan ini dan berusaha sedaya upaya dan selagi adernyer kudrat mama ini mengubati penyakit hubby....

Hanya Tuhan sahaja yang tahu keadaan mama di waktu itu..segala persoalan bermain di benak fikiran ini tetapi mama tak pernah pamirkan perasaan takut, pasrah dan sedih mama di depan seorang insan yaang amat mama cintai.... Walau sesedih maner sekalipun, mama tetap menahan airmata mama dari mengalir di hadapannyer dan mama berikan kata-kata semangat buatnyer agar dia mampu cekal dengan kesakitannyer itu...mama tetap berikan sebuah senyuman untuknya... demi cinta mama untuknyer...

Namun..hati kecil seorang wanita...dalam kuatnyer tetap ader lemahnyer... dan. mama masih ingat lagi, di saat Tuan Guru Besar memanggil mama ke biliknyer untuk berkongsi cerita dengan mama..di saat itulah jua...airmata kasih sayang, kesedihan dan ketakutan yang selama ini mama tahankan dari pandangan mata suami tercinta mama akhirnya mengalir dengan lajunyer di hadapan seorang majikan, seorang penasihat, seorang idola dan seorang ayah yang mama kagumi selama ini melalui cara pertuturannyer seperti menasihati dan memberi dorongan buat seorang anak yg berada dalam kesusahan.... 

Bersamanyer lah mama berkongsi perasaan takut, sedih dan kebuntuan mama di saat itu... Waktu itulah jua mama rasekan seperti mama bercakap dengan seorang ayah yang memberikan semangat untuk seorang anak dalam meneruskan perjuangan sebagai seorang isteri, seorang ibu & seorang guru...tatkala diri ini berada dalam keadaan hilang arah tuju itu dan pasrah dengan ketentuan takdir... Dialah pembakar semangat mama untuk cekalkan diri, dialah jua yang menyuntikkan semangat pada mama untuk terus berusaha, berikhtiar dan berdoa pada Yang Esa sehingga akhirnyer suami mama mampu sihat seperti hari ini....Terima kasih Ya Allah kau berikan aku peluang sekali lagi untuk aku dan suami mewarnai dunia percintaan kami bersama anak-anak tersayang.... Segala nikmatMu kami syukuri....

Betulla kata orang tua-tua...anak itu penghantar rezeki buat kita... ya... Kelahiran Arissa bagaikan memberi sinar baru buat kami sekeluarga..Hubby beransur sihat dan ditemukan dengan seseorang yang dapat mengubatinyer dan dihadirkan pada diri suami mama satu semangat baru untuk kuatkan diri berlawan dengan kesakitannyer dan diberikan dorongan untuk mengubatinyer secara tradisional & moden... Alhamdulillah... Terima kasih Ya allah...

 

Kekadang, bila mama teringat kembali di saat suami mama berada dalam keadaan begitu, terasa amat takut untuk dikenangkan...mama tak sanggup rasernyer untuk menempuhi saat itu untuk kali keduanyer.... Ya allah... ku mohon padaMu...Panjangkanlah umur kami...Berikanlah kesempatan pada kami untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai...Lindungilah kami selalu Ya Allah....


Dan Buat Tuan Hj Musa...terima kasih yang tidak terhingga mama ucapkan...Tanpanyer, mama pasti pasrah dalam menghadapi saat itu... dan kehilangannyer cukup terasa di hati mama.... mungkin itu jualah sebabnyer mama terhenti seketika waktu meluahkan kata-kata semasa mengacarakan malam persaraannyer tempohari...entah kenapa sebak betul dada ini untuk meluahkan raser hati kerana mama betul-betul merasai kehilangannyer...


 

Dan..mama adalah orang yang cukup bertuah kerna pernah ditakdirkan berada dibawah jagaannyer sepanjang bertugas di SK Taman Cendana...Terima kasih atas nikmatMu itu Ya Allah...Semoga kehidupannyer diberkati dan dilindungi Ilahi selalu hendaknyer...

Terima kasih Guruku..
Terima kasih Pimpinanku...
Terima kasih Ayahku...

Walaupun dikau jauh dipandangan mata kami... tapi segala amanatmu, doamu dan restumu bersama kami...

Kami Menyayangimu....


Wednesday, July 11, 2012

Icha Dah Pandai Tulis?

Anakku Pandai Tulis!

Icha anak mama...

Kita sering ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis? Berilah peluang untuk anak-anak kiter menulis daripada umur 12 bulan. Bermula pada umur 12 bulan bayi kita mampu menggenggam alat tulis.

Tampalkan kertas mahjong di lantai dan berikan krayon besar untuk bayi anda menconteng. Pada peringkat umur ini bayi anda akan menggenggam krayon sambil menconteng(scribbling). Menconteng is your baby's first writing.

Jangan lupa untuk berbual-bual dengan bayi anda sambil dia 'menulis'. Tanya "Adik tulis ape tu?". Beri komen yang memberangsangkan seperti "Cantiknya tulisan adik !" atau "Besarnya bola adik lukis!".

Kita juga boleh berbual mengenai warna-warna yang digunakan oleh bayi anda untuk 'menulis'. Dengan berbual sebegini bayi kita akan memahami apa yang dicontengnya itu mewakili satu objek atau idea.

Kita juga boleh mainkan lagu(...how about 'Abu Ada Ayam'?) semasa sesi 'menulis' ini. Pelbagaikan rentak lagu laju atau perlahan untuk menggalakkan bayi anda 'menulis'.

Menjangkau 17/18 bulan bayi kita akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih 'pro' menconteng. Jangan expect bayi anda boleh melukis gambar pada tahap ini ye. Bayi anda sekadar diberi peluang untuk meneroka apa yang dia boleh lakukan dengan krayon pelbagai warna dan kertas. Bayi anda juga berpeluang meniru apa yang abang, kakak dan anda lakukan dengan alat tulis. Don't forget to put up your baby's writing/drawing on the walls to show how much you appreciate his/her efforts.

Have fun with your baby!
senyummm....
Luv u my sweetheart...Icha...

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails