Saturday, January 9, 2010

Petua Pantang 44 hari

Assalamualaikum !
Ini petua yang saya dapat dari blog member saya...katanyer nie pengalaman sepupu dier yang telah melahirkan 4 org anak. kalau nak cubalah caranya. Dia betul betul ikut cakap ibu mertuanya yg memang sangat particular. Kalau nak ikut ni petua yang major saja. Insyaallah, sayapun nak ikut gak nanti bila masuk yang second round nie..baca yee kekawan..terutamanyer yang nak bersalin n akan berpantang nanti..

1. Masa dalam pantang hendaklah minum air suam saja. jangan sekali ambil air sejuk. dan sukatan nya juga hendaklah tidak lebih dari satu cawan tidak boleh lebih. Air lain seperti kopi, milo ovelt'n ok tu pun jangan banyak sangat minum. tapi jangan minum teh sebab teh tu angin.

2. Makan pun serupa juga, nasi mesti makan nasi panas, tak mau yang sejuk. Makan nasi ni tak boleh tambah, kalau nak makan banyak kena bubuh siap siap dalam pinggan. Ni yang paling important, Lauknya ni masa 1st week dan makan ikan kering masin atau ikan gelama, ikan tenggiri pun boleh buat masak asam atau masak lada. 2nd week baru masak kari ke buat kerabu dari daun mengkudu atau daun cekur. Jauhkan makanan yg sejuk sejuk seperti kacang panjang, kangkong, timun dan banyak lagi.
Masa pantang makan ni lama. ikut sampai 44 hari. Lepas tu jangan tak makan dan minum yang sejuk sampai 6 bulan. Buah buahan pun kena jaga juga tak boleh makan sebarangan.

3. Sepupu saya pakai cara traditional, Bengkung yg di buat oleh sendiri.
Bengkung ni di jahit sendiri ikut suka panjang nya elok tu dalam 4-5 panjang . Di pakai pada waktu malam atau nak tidur. Dia amalkan begini, sebelum nak lilit bengkung tu , sapukan bahan yg telah dicampur ini. ambil sedikit kapor makan dan limau nipis (yg bubuh dalam mee)belah dua dan kacau pada kapor tadi. Apabila sudah naik buih sapu lah kat perut kita. Buat lah setiap malam sampai habis pantang dan selepas 1-2 jam waktu makan.

4. Mandi - utk beberapa hari mula kena air suam dan daun daun. tapi kalau tak ada daun daun mandi air suam saja.

5. Tentang jamu ni sepupu saya guna jenama nyonya meneer sebab masatu belum ada nyonya rogay. Ambil jamu ni kena ikut peraturan betul betul, kalau tak nanti dia tak akan mujarab.

6. Urut - ini amat penting juga sebab ini akan memberi kita rasa segar selepas habis bersalin yg menggunakan banyak tenaga. selain itu ia juga dapat memberi rasa kelainan selepas bersalin. urut ni boleh di buat 3hari
7hari 14hari. ikut kemampuan kita. Kalau ada jahitan di... cuba ambil manja kanni dan lumatkan kemudian sapu supaya ia cepat sembuh.

7. Bertungku - Gunakan tungku jenis lama iaitu batu sungai. Tapi kalau tak ada, boleh juga beli kat kedai. ini di buat 2 kali sehari pagi dan petang

P/s: Insya allah, mama pun untuk round ke-2 nie terpaksa berpantang sendiri, terpaksa la cari sendiri inisiatifnyer..Dulu takpe, ader mak tlg uruskan masa berpantang untuk si kembar tuu...
kekadang sedih lak rasenyer terpaksa pantang sendiri ngan hubby...mudah2an Tuhan kuatkan azam untuk berpantang musim baru nie...amin..

NIE RESIPI UNTUK BERPANTANG...


Sambal Kunyit
Salam untuk semua.. mama nak kasi resepi nie ..
sambal kunyit untuk org dlm pantang

bahan-bahan

kunyit muda
halia muda
lada itam
sedikit garam

tumbuk semua nie dlm batu lesung yek.. jgn lumat sangat tp tak de la kasar sangat.. then makan dengan nasi panas..best gakkk tuhh..atau tambahkan ikan bakar / ikan goreng .. boleh menambah selera.

Sup Ikan Haruan
Bahan2

1 ekor ikan haruan
5 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1-2 teh lada hitam }
Garam
Serbuk perasa
Halia diketuk
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Air (agak2 la)

Bahan utk menumis

3 ulas bawang merah- dihiris halus
Halia - dihiris halus
Sedikit minyak

Bahan hiasan
Daun bawang & sup-dihiris halus

Cara membuatnya:

1. Masukkan bahan2 yg ditumbuk, halia, kulit kayu manis, bunga lawang , bunga cengkih, garam & serbuk perasa kedalam periuk berisi air-masak hingga mendidih.
2. Bila mendidih masukkan ikan - rebus sehingga masak & ketepikan.
3. Tumiskan bahan2 utk menumis sehingga garing-kemudian tuangkan ke dalam periuk sup tadi (minyak tumisan tu diambil sedikit sahaja) & tutpkan periuk.
4. Masa utk menghidang baru diletakkan bahan hiasan.

Selamat mencuba- sup ni baik utk luka dalaman.

=========================

AYAM HALIA

Bahan2
ayam - dipotong kecil2
halia muda - dipotong panjang2 & halus2
bawang puteh - dipotong panjang2 & halus2
minyak bijan
air
cuka
kicap hitam
serbuk perase

Cara2nye
1) panaskan minyak bijan & tumiskan halia muda+bawang puteh hingga agak layu dan garing sedikit..

2)masukkan ayam+sedikit air+cuka...gaul rata, kemudian tutupkan seketika.....lebih kurang 5 minit kemudian gaul lagi untuk memastikan ayam tadi masak.

3)Akhir skali masukkan kicap hitam+serbuk perase secukupnye.

p/s: terpulang jika hendak berkuah sikit...tambah air, jika tidak biar masak lebih lama & kering sikit.....



Sebagai peringatan, dalam adat melayu secara amnya kita selalu mengamalkan memakan jamu. Memang tidak boleh menafikan bahawasanya orang-orang melayu peka dan handal dalam pemakanan jamu dan akar kayu untuk menjaga kelangsingan badan selain sebagai pemakanan yang sihat khususnya buat ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Tetapi harus diingatkan bahawa, jika anda dalam keadaan berpantang selepas
bersalin, dan jika anda menggunakan sebarangan ubat jamu tradisi melayu,
maka resipi-resipi yang mama nyatakan tadi / dan juga akan datang, sila
KURANGKAN kandungan ukuran halia dan lada putih / lada hitam, begitu juga
lain-lain bahan yang panas. mama takut ianya mungkin menimbulkan
permasalahan sekiranya diberi secara berlebihan.

Namun, untuk pengetahuan semua, wanita yang dalam pantang selepas bersalin
MAMPU menahan segala jenis pemakanan yang panas, lagi panas lagi ada
"ummpp", dan itulah sebaik-baiknya...Insya Allah. Namun, sebagai langkah
berjaga-jaga, mama tetap mengingatkan supaya mengurangkan sesetengah
kandungan masakan tersebut. Itu sebab bagi warga cina, mereka begitu banyak
memakan makanan yang panas selain membuang angin dalam badan yang begitu
banyak yang hanya dapat diatas masalah ini dalam masa tempoh pantang sahaja,
selepas tempoh tersebut maka menangis tak guna lagi kerana ianya sukar
diatasi masalah "angin" dengan mudah dan bakal menderita di usia yang tua
nanti. Begitu juga mereka banyak menggunakan arak terutama DOM kerana
dipercayai dan terbukti kemampuan pengaliran darah serta seluruh anggota
tubuh badan secara yang sihat, namun perkara ini kita dapat atas dengan
pengambilan JAMU. Pilihlah jamu yang berkualiti dan wang ini tidak boleh
jimat sebenarnya.

Sekiranya ibu yang mencuba resipi pantang saya ini, Insya Allah jangan
risau, jika dimasak secara kandungan sepenuhnya dan jika dimakan bersama
jamu dan didapati tiada apa-apa masalah maka teruskan sahaja, ingat.. ibu
dalam pantang mampu menahan segala bentuk makanan yang panas, dan itu yang
dicari kalau mampu.

Kepada abang-abang semua, tunggu apa lagi, dengan adanya resipi yang begitu
menarik lagi enak sudah tentu melilir air luih dan anak tekak kita bukan ?
Maka ambillah kesempatan ini untuk menambahkan lagi zuriat yang sedia ada,
demi menambahkan umat Islam secara amnya, sudah tentu para ibu nak bersalin
sahaja lepas ini sebab dapat menu yang begitu istimewa sekali, hanya di
MamaTWINS Corner, dan harap saya pun dapat pahala nanti sebab usaha
ini diniatkan semata-mata untuk amal sahaja...Insya Allah. Kepada yang masih
belum ada kesempatan rezeki, cuba dan cuba lagi... Bawalah pulang resipi-resipi ala pantang
ini supaya kita kaum ibu dapat mengamalkan alam berpantang dengan sebaik mungkin.


Beberapa perkara yang perlu diperhatikan dan samer2 kiter cuba usahakan jika berpeluang...jgn paksa diri kalau susah dapat, k...
(amalan org2 ciner selalunyer)

1. Ayam mesti pakai ayam kampung dara SAHAJA. Dapatkan ayam ini di pasar
gerai cina, dan sembelih di gerai Islam.(kalau ader...SAYA PUN BLM PASTI JUMPERNYER)

2. Minyak bijan sahaja boleh digunakan.

3. Kalau nak ikutkan sayur, hanya sayur sawi sahaja dibenarkan, tetapi masih
terdapat beberapa sayuran lain yang sangat berkhasiat yang harus diambil
seperti carrot.

4. Tiada ikan dibenarkan tetapi saya menolak falsafah ini. Ikan-ikan
yang tidak gatal perlu diambil untuk kepentingan kesihatan dan khasiat
terutama ikan bilis dan lain-lain. Cari ikan yang tidak gatal...

5. Bahan-bahan khusus seperti Muk-Yee, kurma cina ( warna merah tu ) dan
lain-lain lagi yang anda akan jumpa ( yang tidak pernah anda dengar sebelum
ini ) dari masa ke semasa boleh terus beli di kedai ubat cina. 

6. Lesung kukus adalah sejenis tembikar saiz sederhana, biasanya orang cina
pakai untuk mengkukus ( atau panggilan "tan" ) dan meletakkan lesung kukus
ini ke dalam satu periuk lebih besar, dimasukkan separuh air tidak melebih
permukaan lesung kukus tadi dan kukus selama beberapa jam, atau boleh letak
dalam slow cooker...dapatkan nasihat daripada tuan punya kedai jual periuk /
tembikar. Nama cinanya ialah " Tan-Jong "

7. Slow cooker, slow pot, Beli di kedai elektrik

k, selamat mencuba....

No comments:

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails