Thursday, September 12, 2013

Legoland Oh Legoland...Si Kembar Datang...

dengan epynyer anak-anak bermain....









wajah kepenatan telah kelihatan..tapi seronok punyer pasal..semua boleh jalan...




Ni yang paling menggerumkan buat mama menunggu si kembar punyer turn..tapi bila ditanya..boleh dijawabnya...seronokkk mama....


turut dengan epynya..padahal..kiter yang menunggu..hanya tuhan jer yang tahu...takutnya....
si kembar..kakak dan adik sentiasa bersama...

wajah dah penat...tapi disebabkan dah tak cukup masa...terpaksalaa bergerak balik...bas dah menunggu....


Monday, April 29, 2013

Monday, March 18, 2013

Soutul Firdaus SKTC

Hari ni mama nak buat post tentang kumpulan nasyid yang mama bimbing bersama kak liza dan 2 orang guru j-Qaf iatu akmal dan zila...dan seorang guru jejaka idaman melaya iaitu cikgu khairul....mama namakan kumpulan ini sebagai Soutul Firdaus.... kami bertungkus lumus melatih pelajar-pelajar ini sebenarnya untuk pertandingan nasyid MTAQ... kebetulan lak maser pertandingan zon..kumpulan nasyid kami mendapat tempat ke-2...so alang-alang msukla pertandingan ini...

ceritanyer gini...Tup-tup selang beberapa hari selepas majlis MTAQ yang kami mendapat no. 2 t, tiba-tiba datanglaa si Aidil iaitu solo nasyid kumpulan itu memberikan borang untuk kami sertai pertandingan nasyid anjuran Piala Dato' Khaled Pasir gudang...mulanya tak berminat...tapi katanyer ibunya nak kami uruskan untuk pelajar-pelajar kami masuk sertai kumpulan2 blok cendana...
mmmm apa lagi..alang-alang..memikirkan ader dapat duit jika menang..jadi mama raser..aperla salahnya kumpulan kami mencuba nasyid mewakili pihak skolah.....

Pada mulanya...takut...tapi tanpa diduga..kami mendapat johon untuk pertandingan nasyid piala Dato' Khaled pada malam tersebut...mmm bolehlaa rm200 untuk anak-anak didik kami...
yang grandnya..pialanya memang besar..kalah piala MTAQ kami...

Mama selaku guru-guru yang melatih pelajar-pelajar tersebut turut berbangga kerana dapat menyerahkan piala yang besar tuu untuk tatapan Sekolah Kebangsaan Taman Cendana...
Tahniah untuk Soutul Firdaus....

Friday, January 4, 2013

5 FAKTA PENTING..PERCAYA ATAU TIDAK..


gambar hiasan jer nie......nie semasa kami rakamkan sblm balik dari bercuti di kampung... Dah jadik satu kemestian..sblm berangkat mesti hubby suruh family berkumpul dan possing dulu....


1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan buih yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan buih

4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.

5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails