Sunday, July 22, 2012

Resepi Blueberry Cheese Cake...


Blueberry Cheese Cake Yang Menjadi Pujaan ramai.

Ececeee.. Perasan..!!


Assalamualaikum wbt...
Ok. ni lak saya akan kongsi resepi ni satu persatu. biar boleh samer2 kengkawan buat...


Bismillahirrahmanirrahim...




Bahan-bahan untuk membuat sebiji Blueberry Cheese Cake ialah...



1 bungkus Biskut Digestives atau biskut Marie... beli sebungkus tapi nak pakainya separuh sahaja. Dalam dua cawan penuh. hehe. Lain la kalau ada jual timbang kan. Kalau suka biskut lebih, boleh saja gunakan sebungkus. Takda sapa nak marah. Bibik ok je.



2 bekas soft cheese jenama Philadelphia yang setiap satu seberat 300 gram. Kalau tanya jenama lain saya tak tahu. Tu kena tanya chef lain.. Ikut ye cakap tok guru. Jangan pandai-pandai nak derhaka lagi. Nanti dah terer baru kita derhaka eh. Derhaka sama-sama. ;P


2 sudu besar butter tak payah membumbung. Biasa-biasa sahaja. Lebih nanti berminyak.


3 biji telur perlu dibasuh dan perlu dilap untuk bagi kering.


1 cawan gula. Tak perlu tambah lagi. Satu dah ngam-ngam elok manis.


2 sudu besar tepung. Tak perlu membumbung.


1 1/2 sudu kecil esen vanilla. Nak senang guna ja penutup esen. Jimat sudu. Tak perlu basuh.


1/4 sudu kecil almond extract.
1 1/2 cawan blueberry (fresh atau frozen, kalau frozen jangan defrost, guna terus, nanti cheesecake jadi biru!)
. Ini ayat tok guru. Saya copy paste. Ikut. Jangan derhaka.

Pastikan semua bahan berada pada suhu bilik supaya kerja lebih cepat & efisyen.



Biskut dihancurkan menggunakan blender kering. Kemudian campurkan dengan butter. Cairkan butter dalam microwave lebih kurang 10 saat. Tak cukup. Tambah 5 saat lagi. Kemudian kepal-kepalkan. Agak-agak boleh kepal tu oklah. Kalau biskut masih berderai tambah sedikit butter. mama rasa 2 sudu tu dah ngam-ngam boleh kepal. Melainkan kalau korang guna biskut lebih. Tu kena pandai-pandai adjust sikit ye.


Kemudian tekan ke dalam baking tin yang telah dialas dengan baking parchment. ( kertas minyak untuk memasak. Bukan yang untuk balut buku tu ye. Kang tak pasal-pasal ada yang beli kertas minyak warna coklat.Dah siap tekan. Masukkan dalam freezer sampai ready untuk guna. Bungkus dengan plastik untuk mengelakkan bau makanan lain melekat pada biskut.

Gunakan spring form cake tin seperti di atas. Tujuannya... supaya kek mudah dikeluarkan apabila telah siap disejukkan.



Dalam mangkuk lain, pukul krim cheese hingga sebati dan berkrim. Pastikan peralatan yang digunakan kering. Semua alatan dilap biar kering sebelum digunakan.



Kemudian masukkan gula, pukul lagi hingga sebati. Seterusnya masukkan tepung, sebatikan.


Kemudian telur, satu persatu setiap kali dipukul hingga sebati. Jangan masukkan 3 biji sekali pukul. Sebiji telur. Pukul. Kemudian masukkan lagi sebiji. Pukul. Sampai cukup tiga biji. Pukul bagi sebati. Anggaran dalam seminit setiap sebiji telur. Macam tu ye.. =)



Kemudian, masukkan vanilla & almond extract. Jangan lupa gunakan spatula untuk kaup bahagian tepi yang tak bercampur dengan sebati. Kemudian pukul lagi hingga sebati dan tak lagi berketul.



Taraaa... Inilah hasilnya.



Tuang adunan kek ke dalam baking tin tadi. Goncangkan sikit untuk ratakan permukaan. Jangan pulak goncang sampai bergegar. Err.. dengan perkataan lain. Goyang macam kita duk ayak tepung. Perlahan je kan.

Kemudian, ambil bluebery, dan tabur ke seluruh kek. Kalau batter tu agak thick, maka campaklah blueberries itu dengan penuh perasaan supaya terbenam ke dasar kek. Kenapa tak campur terus? Takut nanti cheesecake jadi warna biru.


                                    mmm nie kalau bawak gi sekolah nie..gerenti abis....
Bakar guna teknik waterbath utk hasil yang cantik selama 45- 55 minit. Jangan sampai kek terlebih masak dan mula pecah-pecah. Selepas masak, keluarkan baking tin dari bekas berisi air, dan tinggalkan ke dalam oven selama beberapa jam. Ini pun akan mengelakkan kek dari crack. Sejukkan dalam fridge sebelum makan, at least satu malam (ok, ataupun 3-4 jam). Cheesecake yang tak sejuk tak sedap, percayalah..
suhu yang sesuai untuk membakar cheese cake ialah 145' atau 150' selama lebih kurang 55 minit dengan menggunakan teknik waterbath. Dengan suhu ini kek akan masak secara perlahan.

Kalau bakar terus alamatnya memang sah-sah akan crack. HuHu. Itulah yang nak dielakkan oleh setiap pembuat cheese cake. Dalam hati mesti crack jugak sikit kan. Biasalah, takkan nak tunjuk. Huahuaaa.


Kaedah waterbath dari youtube.cuba tgk sini..

Untuk lagi mudah. Masukkan dulu bekas ke dalam oven. Kemudian baru dituang air panas.


Selamat Mencuba..!!

No comments:

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails