Sunday, February 5, 2012

Tips Cara Didikan Anak Oleh Saidina Ali r.a

Assalamualaikum....
Alhamdulillah, syukurku panjatkan kehadrat ilahi, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi kita muhammad s.a.w dan keluarga, sahabat dan semuanya..semoga sentiasa berada dibawah lindungan Allah hendaknya... amin...

mamatwins nak kongsi apa yang mamatwinz terbaca dari satu blog Ya akhii..

walaupun anak mama yang nie si arissa comel nie baru satu tahun.....












n...twins tuu baru memasuki alam persekolahan...darjah satu laa diorang tahun nie......























tapi mudah2an panduan ini blh dijadikan ikutan n teladan buat mama n semua pembaca mamatwins....

Meh sini...baca yeee...


7 tahun pertama kelahiran anak. (awal kelahiran sampai umur 7 tahun)..haa disinila usia anak mamatwins...

- Bermainlah dengannya.
- Bermain dgn anak ketika usianya dalam lingkungan ini dapat menjalinkan hubungan anak dengan ibu bapa. selain itu ketika ini minda anak2 sedang berkembang dan sedang belajar..
- sebab itu kita boleh lihat apa yg dilakukan oleh ibu dan bapanya akan perhatikan dan ditiru oleh anak2.


7 tahun kedua selepas kelahiran ( 7 hingga 13 tahun)

- disiplinkan Anak2
- Sbb itu Nabi bersabda : "Dan ajarkan Anak-anak kamu bersolat ketika umurnya 7 tujuh tahun dan pukulah mereka jika mereka tidak mahu menunaikan solat pada ketika umur mereka 10 tahun".
- Pada ketika ini minda anak-anak sedang belajar buruk dan baik..berkembang dan perlu dipimpin.
- Sebab itu kita dapat lihat kanak-kanak ketika ini boleh meluruskan barisan dan berdiri tegak bila menyanyikan lagu negaraku. kerana dia telah di disiplinkan oleh guru-gurunya..
- Ketika ini ibubapa boleh mengendalikan mereka kerana mereka masih dibawah pengaruh ibubapa.
- bak kata pepatah "Lentur buluh biarlah dari rebungnya".

7 tahun ketiga selepas kelahiran ( 13 hingga 19 tahun)

- Berkawanlah dengan mereka.
- Ketika ini pengaruh rakan sebaya adalah ancaman utama.
- pendekatan psykologi harus digunakan oleh ibubapa.
- ketika ini mental mereka akan berubah serta perubahan fizikal nampak ketara. dikala ini mereka sedang tercari-cari identiti mereka.
- Emosi mereka juga mudah terusik.. ketika ini mereka memerlukan teman meluahkan segalanya.
- jadilah teman yg baik kepada mereka. Jgn memperkecilkan emosi mereka.
- Bersedialah degan jawapan yg bernas apabila ditanya oleh mereka. Belajarlah konsep keibubapan. Supaya senang mengendalikan masalah anak.
- klu kita tidak dapat menjawab pertanyaan mereka maka jangan salahkan org lain kalau anak-anak ini mencari jawapannya sendiri. mungkin dia mencarinya dari kawan2 atau membuat rumusannya sendiri.


7 tahun empat sehingga dia berumahtangga (19 tahun hingga dia berkahwin)

Layanlah mereka seperti seorang dewasa.
- pada ketika ini mereka sudah tahu apa yg mereka inginkan dalam hidup.
- elakan melayan mereka seperti anak-anak kecil.
- pada ketika ini tegurlah mereka dgn cara dewasa.
- ketika ini mereka boleh dibawa berbincang.


InsyaAllah jika mereka didik dgn cara begini sejak kecil. masalah kerosakan akhlak anak2 dapat kita atasi.

tak susahkan?? jom fahami mereka..

sekian. salah dan silap hrap dimaafi.

wa Allahu a'lam...

No comments:

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails