Friday, November 11, 2011

Rahsia Disebalik Kelahiranmu...

hari nie mama nak buat citer pasal rahsia di sebalik kelahiranmu...
jom kiter tgk sesamer yeekk... tapi jgn percaya sgt...kekadang ader yg betul..kekadang ader gak yg salahnyer...just for fun...
 







Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang
dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan
pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai
memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi
tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu
terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh
bila melakukan kerja
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
------------ --------- --------- --------- --------- ----
Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- -----
April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang
dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
------------ --------- --------- --------- --------- ---------
Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dlm perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yg tepat dlm berpasangan.
- Nekad utk mjaga hubungan baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control
atau King Control) .
- Suka mengangankn sesuatu yg indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
------------ --------- --------- --------- -------
Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia
perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau
umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
------------ --------- --------- --------- -----
Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan
perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap
individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
------------ --------- --------- --------- --------- -
Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang
berkenan. 

------------ --------- --------- --------- --------- --
September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak
disetujuinya.
------------ --------- --------- --------- --------- ------
Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada
melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan. 

------------ --------- --------- --------- -------
November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan. 



------------ --------- --------- --------- --------- ---
Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Suka mempengaruhi pasangan. 


ok..itu sajer dari mama utk slot hari nie...c u again..bye

Wednesday, November 9, 2011

Tips Menunjukkan Kasih Sayang Kepada Isteri




1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan “I Love You”.

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya…… sekiranya pendapat isteri anda salah…. betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi ‘angpau’ kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah ‘sejuk’. Mungkin kamu juga boleh ‘cool’kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

(Gambar anak2 mama nie...sajer menempel jer nie..menyedapkan mata)

1.Baca "Ya Latif" sebanyak 7 kali dan hemb...uskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2.Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3.Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4.Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5.Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya "Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6.Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud "Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7.Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya"

9.Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur.
Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10.Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud " Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11.Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud "Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan

1.Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya' ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2.Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3.Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya' ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4.Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5.Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik.

Thursday, November 3, 2011

Telatah si kembar...Alya Vs Aina

Nie maser mamatwinz masih aktif jadik jurulatih hoki...ke maner jer pertandingannyer, mama ikut jer...yg jadik mangsa mestila si kembar nie.... dua-duanyer mama angkut skali ke padang...

Resepi Puding Tembikai



Bahan-bahan
1 paket serbuk agar-agar 15mg
2 keping roti
6 cawan air
1 cawan gula
1/2 tin susu pekat
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanilla
Cincau yang dipotong kecil
Pewarna merah dan hijau
Cara-cara
  1. Dalam periuk, rebus agar-agar dengan air sehingga larut. Kemudian masukkan gula.
  2. Apabila mendidih, masukkan mentega dan susu. Kacau hingga sekata.
  3. Ambil sedikit adunan agar-agar ini dan blend dengan roti hingga sekata. Kemudian tuang semula ke dalam periuk.
  4. Dalam bekas lain, ambil sedikit adunan dan masukkan pewarna hijau sebagai kulit tembikai. Masukkan ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  5. Masukkan adunan plain (tanpa pewarna) ke dalam loyang. Biarkan beku sedikit.
  6. Kemudian, masukkan adunan merah ke dalam loyang. Taburkan cincau untuk dibuat biji tembikai. Bekukan di dalam peti sejuk.
Resepi asal oleh Kak Niezza dan Kak Ita.

Thursday, August 11, 2011

Tips pemakanan untuk ibu yang menyusukan ketika berpuasa

Segelintir berpendapat bahawa ibu yang lepas bersalin dan perlu menyusukan bayi tidak boleh berpuasa ketika bulan ramadhan. Atau ada yang berpendapat si ibu perlu memberi susu lembu sahaja. Ia tanggapan yang salah, ibu masih boleh menyusukan walaupun berpuasa dan ia adalah selamat.  Secara asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu, namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, dibenarkan untuk berbuka. Disini disediakan beberapa tips pemakanan yang membantu ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

 1. Minum air yang mencukupi
 

Ibu yang menyusukan anak perlu minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu berkurang pada siang hari. Seeloknya minum 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

2. Bersahur
 

Ibu yang menyusukan perlu memastikan dirinya bersahur setiap hari. Makan seperti biasa, tetapi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Makan kurma
 

Seeloknya berbukalah dengan kurma terlebih dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan setelah berpuasa sepanjang hari. Atau boleh minum shake kurma yang dicampur dengan susu soya. Lebih elok tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama, oats juga boleh membantu menambah susu badan.

4. Banyakkan buah dan sayur
 

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Walaubagaimanapun bagi ibu yang masih di dalam pantang tidak elok makan sayur dan buah yang bersifat sejuk seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air kacang soya. Juga elakkan dari makan makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka dan nenas

5. Minum coklat suam
 

Ibu yang sedang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah tetapi akibatnya bayi akan mudah berasa lapar dengan lebih cepat dan ingin menyusu dengan lebih kerap. Boleh diminimakan dengan memastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi. Tambahkan keju di dalam diet, gunakan mentega atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur. 

6. Makan madu
 

Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu pada setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan ASI. 

7. Kurangkan minuman bikarbonat
 
Walaupun ibu yang menyusukan ketika bulan puasa digalakkan minum air yang banyak tetapi dinasihatkan supaya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat (atau tidak mengambil langsung) dan minuman berkafein seperti kopi.
 
Mmm...mamapun sama....cuma mamatwinz mmg tak minat minum air manis tambah-tambah lagi yg berkafein....
So....moga ibu-ibu yg lain mendapat info darinyer...yazzzzz..

9 Tips elak keracunan makanan ketika bulan puasa

10 Aug 2011




Pernah mengalami keracunan makanan ketika bulan puasa? Biasa tanda-tandanya kita mengalami keracunan makanan apabila mengalami gangguan di bahagian perut, cirit-birit, rasa mual, muntah-muntah ataupun sakit kepala. Ia terjadi mungkin disebabkan kita makan makanan yang tercemar dan dihinggapi oleh bakteria, protozoa, virus, bahan kimia, racun serangga dan racun dari kulat. Untuk mengelakkan masalah ini, kita perlu:

 
1. Memilih tempat makan yang di yakini tahap kebersihannya jika makan di luar.
 

2. Membeli juadah daripada peniaga yang sentiasa menutup makanan yang dijual.

 

3. Sentiasa memeriksa makanan yang dimakan agar bebas daripada kulat.

 

4. Memasak sendiri juadah berbuka di rumah yang pastinya tahap kebersihan lebih terjamin.
 

5. Pastikan dapur dan peralatan memasak dicuci bersih sebelum digunakan.
 

6. Cuci segala bahan mentah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum digunakan.
 
7. Tangan juga mestilah dicuci dengan bersih sebelum menyediakan dan menyajikan sesuatu hidangan.
 

8. Jika ingin memanaskan semula makanan dan lauk-pauk, panaskanlah dengan sempurna.

 

9. Tutup makanan agar tidak dihinggapi lalat dan terdedah kepada habuk atau kuman.


 
Taa...daaa..daa....samaer-samerla kita mengingati keluarga kiter...

Wednesday, July 6, 2011

Baby contest yang mamatwins sertai....

Peserta perlu menghantar 1 gambar menarik anak-anak yang berumur 0-5 tahun.
b) Peserta perlu menjadi follower blog eLaila <http://elaila.blogspot.com/> , tinggalkan komen di entry ini dengan menyatakan follower ke berapa.
c) Peserta LIKE page UKbabystuffs <http://www.facebook.com/UKbabystuffs>
d) Peserta diminta meletakkan status " Jom join BabyContest dan menangi hadiah Shaklee Performance Drink & AVENT" >> Status ini tidak boleh di delete selama seminggu.
e) Setelah melakukan step b,c,d peserta diminta menghantar butiran seperti gambar, nama anak, umur anak, nama ibu, alamat, nombor telefon, ID facebook ke email ukbabystuffs11@gmail.com dan el_lail@yahoo.com
f) Terbuka kepada warganegara Malaysia, Brunei dan Singapura.

Saturday, December 11, 2010

Hai......

Lamernyer rasa tak bukak blog nie...dah bersarang dah...ler nie tgh tunggu masa nak bersalin...tuu sebab kami tak balik kg....

aduiii boringnyer...jadi penghuni setia kat quarters guru nie...semua orang dah balik kampung...yelaa, dah namanyer cuti sekolah...hanya aku ngan family jer yg masih setia lagi kat sini...hu hu...

Wednesday, September 8, 2010

My Family... Slideshow

My Family... Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ My Family... Slideshow ★ to Johor Bahru, Pasir Gudang and Kota Bharu. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Monday, August 23, 2010

My Anniversary ke-6 di bulan puasa...

A'kum kengkawan...
Bulan nie mama twins diberikan sedikit kekuatan untuk sama-sama kengkawan yg lain mengerjakan ibadat puasa seperti yg lain...Syukur ya allah....
mamatwins boleh pergi terawih sesama ngan anak-anak dan suami kat surau di kompleks tempat kami tinggal nie... tetapi ader gak kekadang raser penat sesgt tuu, tak gi gak....kekadang mama cuba gagahi juga terawih ngan sembahyang duduk kat umah sebab sayang maser tuu berlalu begitu sajer... setakat nie dah tiga empat kali gak tak turun gi sembahyang kat surau tuu...

mama harap sesgt mama diberikan kekuatan untuk 10 malam terakhir untuk sama2 mengerjakan peluang sesama umat islam yg lain...kerana nak menunggu bulan ini datang lagi...entah sempat entah tidak....

Dalam bulan nie juga, anniversary mama yg ke-6 tiba pada 22 Ogos yg lalu... Malam tuu tak larat ssgt. Lepas terawih terus tertido....mama tertido awal...sedar2 dah nak sahur...
Bila tersedar, cepat2 mama wish kat hubby tercinta nak say sorry sbb tak terucap malamnyer...Diapun faham tang kesihatan mama skrg...Cuma masa terawih tuu, mama dah panjatkan doa kat Yang Maha Esa moga jodoh kami berkekalan selamanyer serta sentiasa dibajai kasih sayang yg sejati...amin...

So, kami sepakat nak tunda pada hari lain untuk celebrate ngan anak2 nanti...janji ader kek n potret2 kenangan untuk koleksi tahun ini...maklumlaa..ler nie lepas terawih dah nak kul sepuluh..supermarket n kedai2 pun dah nak tutup...maner laa nak carik keknyer lagi....mama lak lepas terawih...malas naa nak kuar skrg... so...tunggulaaa lepas nie jer sambut ngan anak2.... yg penting kami masing2 masih tetap mengingati tarikh kami bersatu dalam melayari dunia rumahtangga nie hinggala skrg....dah 6 tahun berlalu...

apee pun, thanks hubby yg tetap sabar dan stia besama mama dalam aper jua keadaan....Memang kekadang dalam 6 tahun nie, ader yg tersinggung dan terasa, tapi semuanyer dapat diatasi dgn baik...sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..kan...
mama bersyukur sesgt dikurniakan suami sepertinyer...walaupun muka dier garang tapi hatinyer baik.... kemana jer dia pergi, mama tetap dibawanyer..pagi, tghari,petang ataupun malam....kecuali melibatkan mesyuarat atau urusan2 yg hanya perlukan dirinyer sahaja yg kena pergi.... tapi kalau nak kuar jalan2 ngan kekawan dier ker malam2, takder lagi setakat nie...mesti ader kami bersama...sekolahpun pergi sama, satu sek, balik sesama n kuar hujung2 minggupun sesama...alhamdulillah itu kelebihan kami....dan mama tetap bersyukur dengan semua itu..moga berkekalan selamanyer....

Dan sempena aniversaryke-6 nie, mama doakan kami akan tetap saling menyayangi dan memahami antara satu sama lain...mudah2an kasih sayang kami terus bersemi dgn diserikan ngan keriuhan suara anak2 kami...si kembar dah 5 tahun skrg dan mamapun dah nak masuk bulan ke-6 kandungan untuk menyambut baby baru...insyaallah bulan 12 nanti kami akan diserikan lagi dgn suara tangisan baby baru...Doakan kami semuanya selamat dan sentiasa berada di bawah lindunganMu Ya Allah....

To my Lovely hubby...thanks for everything n Luv u so much....

Friday, July 23, 2010

Mengandung lagi....

Amalan Semasa Mengandung

Banyak amalan-amalan yang elok diamalkan semasa mengandung. Ibu cuba yang terbaik demi Baby walaupun semput nak habiskan satu2 surah. Maklumlah nafas pun makin pendek. Ini buku yang Ibu beli..senang baca yang ini je sebab banyak surah yang elok diamalkan ada dalam buku ni:



Kalau nak dengar online..klik sini

Al Quran Explorer


Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah

* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38 )
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

* Surah Al-Fatihah (Untuk terang hati dan kuat ingatan)
* Surah Maryam (Untuk memudahkan ibu bersalin)
* Surah Yusuf (Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
* Surah Luqman (Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
* Surah Yaasin (Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
* Surat Toha (Semoga bayi lembut hati)
* Surah Al-Nahl (Untuk melahir anak yang berdisplin)
* Surah Hujurat (Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati)
* Surah Al-Taubah (Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat)

Selain daripada surah dan doa, terdapat beberapa perkara yang elok diamalkan agar anak yang dilahirkan sejahtera dan berakhlak mulia. Antaranya:

1. Banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat supaya Allah SWT akan mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan selama ini dan seterusnya akan membersihkan hati dari perasaan yang tidak baik. Dengan ini juga diharap anak yang bakal lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat bersalin dengan tenang dan selamat

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangan agama. Perempuan hamil dituntut memperbanyakkan amal ibadat seperti sembahyang sunat, puasa sunat terutama Isnin dan Khamis serta sentiasa menjaga syariat. Bukan sahaja isteri, suami juga dituntut sama.

3. Sentiasa berakhlak baik. Ibu-ibu yang sedang mengandung harus lebih banyak bersabar, bersikap baik dengan jiran, menghormati ahli keluarga dan teman-teman. Tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak yang bakal lahir.

4. Sentiasa tenang dan gembira. Keadaan emosi yang tenang dan bahagia merupakan rangsangan kepada pembinaan otak seterusnya kelahiran bayi yang sihat, terangsang, pintar dan cerdas.

Aminn

Doa semasa Hamil dan Amalan semasa Mengandung...Jom kiter amalkan...

Normal bagi masyarakat kita, semasa mengandung untuk mengamalkan beberapa petua, bukan saja untuk kesejahteraa ibu semasa mengandung, malah juga untuk bayi dalam kandungan dan semasa proses bersalin. Selain dari yang berbentuk fizikal seperti regular check up, elakkan aktiviti lasak, etc. amalan dan petua yang popular ialah yang bersangkutan dengan kerohanian.

Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

  • Surah Yusuf - untuk anak yang cantik rupa dan akhlak
  • Surah Luqman – untuk anak yang cerdik
  • Surah Yaasin – untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat
  • Surah Maryam – untuk memudahkan bersalin
  • Surah al-Hujurat – untuk membanyakkan susu ibu
  • dan sebagainya.

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihatyang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Semasa mengandung juga digalakkan menjaga lidah, menjaga sikap, menjaga perangai, menjaga hati dan sebagainya, agar anak yang dikandung beroleh segala kebaikan dan keberkatan.

Malah, termasuk juga si bapa, digalakkan memperbanyakkan amalan sunat, mengaji, bersedekah, bersabar, tenang dan gembira agar proses mengandung dan bersalin berlangsung dengan selamat dan anakyang bakal lahir akan terjaga emosinya dan mendapat rangsangan awal.

Orang2 tua juga ada petua tersendiri untuk ibu mengandung seperti tak boleh makan benda2 sejuk dan berangin, tak boleh memburu binatang, tak boleh siang ikan, tak boleh potong binatang, bawa paku dan sebagainya. Tapi biasanya benda ni orang dah tak pakai sebab tak relevan lagi di zaman moden serba canggih ni. Iyolah, kalau dah makyang masak hari2, tak boleh potong binatang, pe jadahnya nak makan sayur setiap hari? Ingat herbivor ke. Tapi bagus jugak kan alasan ni dipakai untuk upah tukang masak (makan luar ler..).

Walau bagaimanapun, agak sayang kadang2, sebab amalan itu cuma dibuat semasa mengandung saja. Kalau tak mengandung, usahkan nak mengaji, al-Quran pun dah lupa letak di mana. Usahkan nak baca surah Yusuf (yang masa mengandung sehari dalam 10kali baca sebab nak anak hensem), surah al-Ikhlas pun baca masa solat je. Pastu mulut pun ikut lepas sedap dia je, masa mengandung bukan main lagi jaga, takut2 terkena pada anak.

Mungkin sebab itulah Allah berikan nikmat syahid kepada ibu yang meninggal semasa melahirkan anak. Bukan saja pengorbanan sakit melahirkan, tapi juga banyaknya amalan semasa mengandung. Agak2 kalau time lain, memang tak layak langsung nak dapat syahid, tapi masa mengandung memang solehah habis.

Alangkah menariknya jika amalan2 tersebut dapat dilakukan secara berterusan, bukanlah sebab kita sebagai ibu, tapi kerana kita juga sebagai hamba. Allah menyukai amalan yang istiqamah – amalan yang sedikit tapi berterusan. Lagipun, dengan meniatkan amalan2 semasa mengandung untuk dapatkan anak yang begini-begini, dapatlah anak yang begini-begini, tapi apakah kita pernah terfikir akan pahala yang kita dapat kerana niat yang bukan Lillahi Taala?

Tapi bagus juga la, sekurang2nya ada juga masa dalam hidup ni yang mana kita fokus terhadap ibadat dan menjaga akhlak kan. Kalau masa lain tu tak tentu lagi.

Sebetulnya, saya tiada amalan/surah/doa tertentu semasa mengandung. Saya meneruskan pembacaan al-Quran seperti biasa kerana saya percaya al-Quran adalah Syifaa’, danjuga membaca surah2 di atas tadi tu sebagai tambahan.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita ibu2 ni untuk melakukan suatu amal yang istiqamah dan sentiasa dapat dicontohi oleh anak2 kita, dan yang penting membanteras amalan2 yang tak ada kena mengena dengan hakikat kehidupan sebenar (amalan2 khurafat, etc.) dan roket sains.

Tuesday, June 29, 2010

jom kita kongsi ilmu ni..........


Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi yang saya upload dari internet.........

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian
tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil
jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu
sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air
yang pahit).*

Kawan saya mencuba jus daun betik ini semasa
kena demam denggi. Dia sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas
minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda
dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi,
walaupun demam sudah reda, dia masih mengalami
gejala-gejala deman denggi seperti "cramp" perut dan timbul
bintik-bintik merah. Dia pergi membuat ujian darah di klinik kerana
bintik-bintik merah penuh pada kedua-dua kaki. Doktor kata ia adalah
demam denggi kerana bintik-bintik merah itu timbul akibat bebuluh darah
pecah. Tetapi, keputusan ujian darah menunjukkan bilangan platlet berada
pada paras normal. Jadi dia tidak perlu masuk wad.

Petua ini sajer mama masukkan kat sini untuk kengkawan sbagai peringatan....Terdapat seorang pesakit yang berumur 50-an kena demam
denggi dan telah berada di hospital selama beberapa hari tetapi paras
platlet masih berada pada paras bahaya. Selepas minum jus daun betik
ini, dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya kerana platlet
sudah kembali ke paras normal.

Petua ini sudah lama diamalkan dan ramai pernah mencubanya menyebarkan petua ini di internet. Tetapi, perlu diingatkan bahawa setahu saya belum ada kajian saintifik mengenai jus daun betik dalam menyembuhkan penyakit demam denggi. Kesan sampingannya atau kemungkinan menyebabkan alergi pada sesetengah orang juga tidak diketahui. Oleh itu, percaya atau tidak petua ini dan kemungkinan risiko yang ada adalah keputusan dan tanggungan pesakit sendiri. Tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan yang saya dengari...jadi selamat mencuba petua ini.

Istimewa Buatku Sahabatku...




Buat Muslimah yg Masih Belum Bertemu Jodoh





Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian dari sketsa hidup di dunia. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan, sehingga membuat keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalam menyebabkan kepedihan yang menyesakkan rongga dada. Jiwa yang rapuh pun berkisah pada alam serta isinya, bertanya, dimanakah pasangan jiwa berada. Lalu, hati menciptakan serpihan kegelisahan, bagaikan anak kecil yang hilang dari ibunya di tengah keramaian.

Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya, hingga tanpa sadar telah menjadi sebahagian hidup yang tak boleh dipisahkan.Sebuah fitrah pula bahwa setiap wanita ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang baik ketika menjalani hidup bersendirian. Dengan sentuhan kasih sayang dan belaiannya, akan terbentuk jiwa-jiwa yang soleh dan solehah.

Duhai...
Betapa mulianya kedudukan seorang wanita, apalagi bila dia seorang wanita beriman yang mampu membina dan menjaga keindahan cahaya Islam sehingga memenuhi setiap sudut rumahtangganya.

Allah Subhanahu wa Ta'ala pun telah menciptakan wanita dengan segala keistimewaannya, hamil, melahirkan, menyusui sehingga ketaatan dan memenuhi hak-hak suaminya laksana arena jihad fii sabilillah. Pernahkah kita menyaksikan kepedihan wanita yang berazam menjaga kehormatan diri sehingga ia menemukan kekasih hati? Dapatkah kita menggambarkan perasaannya yang merintih saat melihat kebahagiaan wanita lain melahirkan? Atau, tidakkah kita melihat sekilas tatapan sedih matanya ketika melihat aqiqah anak kita?

Letih...
Sungguh amat letih jiwa dan raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa, tanpa tahu siapakah belahan jiwa yang menunggu di sana.

***

Duhai ukhti solehah...
Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi dunia fana ini saja. Seseorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insyaAllah akan dipertemukan di akhirat sana, selama ia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujian-Nya yang telah menetapkan dirinya sebagai lajang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta kencana untuk membawamu ke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Sang Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri, duhai ukhti. Taqarrub-lah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Ia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnya, curahkanlah kepada Sang Pemilik Hati. Tak usah membandingkan diri ini dengan wanita lain, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski ia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah kerana air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi putaran waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiyah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam kesendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tak akan lari kemana. Kerana sejak roh telah menyatu dengan jasad, siapa belahan jiwamu pun telah dituliskan-Nya.

Sabarlah ukhti solehah...
Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemintang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga, kelak akan engkau rasakan tak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri.

GOOD MORNING..........!

brown2.gif (8711 bytes)

Hi

Dream........makes all things possible

Hope..............makes all things work

Love ........... ....makes all things beautiful

Smile........... ....makes all above work possible

Hi


Hi HiHi

There's a wonderful dream
Waiting just for you...
I know you can make it come true.
Have a Great Day Ahead!

HiHiHi

brown2.gif (8711 bytes)


With Care & Love
MamaTwins...

Good Morning & Have colourful day


http://groups.yahoo.com/group/Fun_Karachi/join

A relationship is like a rose,
how long it last, no one knows.
Love can erase an awful past,
love can be yours, you'll see at last.
To feel that love, it makes you sigh,
to have it leave, you'd rather die.
You hope you've found
that special rose,
cause you love and care
for the one you chose.

cid:2.3633192938@web37306.mail.mud.yahoo.com

cid:1.3633192937@web37306.mail.mud.yahoo.com

A hand that reaches out in friendship
Takes a firm hold and gives a little tug
To lift up your soul
And your heart feels a hug

This hand of a friend
Is letting you know
They're holding on tight
And never letting go

Thank You for Holding My Hand
When I've needed it The Most

Real friends stay by your side,
Always showing you their true self...never anything to hide.
Some put on a mask...but in the end God knows their task.

With Care & Love
MamaTwins...

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails