Showing posts with label Sihat. Show all posts
Showing posts with label Sihat. Show all posts

Thursday, August 11, 2011

Tips pemakanan untuk ibu yang menyusukan ketika berpuasa

Segelintir berpendapat bahawa ibu yang lepas bersalin dan perlu menyusukan bayi tidak boleh berpuasa ketika bulan ramadhan. Atau ada yang berpendapat si ibu perlu memberi susu lembu sahaja. Ia tanggapan yang salah, ibu masih boleh menyusukan walaupun berpuasa dan ia adalah selamat.  Secara asasnya berpuasa tidak mengganggu pengeluaran susu ibu, namun sekiranya ibu merasakan ia akan membahayakan kesihatannya atau anaknya, dibenarkan untuk berbuka. Disini disediakan beberapa tips pemakanan yang membantu ibu yang menyusukan bayi ketika bulan puasa dan kekal bertenaga sepanjang hari.

 1. Minum air yang mencukupi
 

Ibu yang menyusukan anak perlu minum air yang mencukupi ketika sahur atau selepas berbuka bagi mengelakkan dehidrasi yang menyebabkan susu ibu berkurang pada siang hari. Seeloknya minum 2 liter atau bersamaan dengan 8 gelas air sehari.

2. Bersahur
 

Ibu yang menyusukan perlu memastikan dirinya bersahur setiap hari. Makan seperti biasa, tetapi seeloknya kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan mengandungi banyak minyak kerana ia akan mengurangkan nutrisi makanan yang dimakan.

3. Makan kurma
 

Seeloknya berbukalah dengan kurma terlebih dahulu. Ia untuk membekalkan tenaga segera kepada ibu yang keletihan setelah berpuasa sepanjang hari. Atau boleh minum shake kurma yang dicampur dengan susu soya. Lebih elok tambahkan oats bagi mendapatkan rasa kenyang yang lebih lama, oats juga boleh membantu menambah susu badan.

4. Banyakkan buah dan sayur
 

Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Walaubagaimanapun bagi ibu yang masih di dalam pantang tidak elok makan sayur dan buah yang bersifat sejuk seperti ulam, pucuk ubi kayu, kekacang, paku pakis, kobis, kangkung, timun, bayam, tembikai, jambu batu dan air kacang soya. Juga elakkan dari makan makanan yang bersifat tajam dan berbisa seperti rebung, tebu, air kelapa, cuka dan nenas

5. Minum coklat suam
 

Ibu yang sedang menyusukan masih boleh menghasilkan susu yang banyak ketika berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah tetapi akibatnya bayi akan mudah berasa lapar dengan lebih cepat dan ingin menyusu dengan lebih kerap. Boleh diminimakan dengan memastikan diet ibu mengandungi lemak yang mencukupi. Tambahkan keju di dalam diet, gunakan mentega atau sebaiknya minum susu atau coklat suam sebelum tidur. 

6. Makan madu
 

Ibu yang menyusukan amat digalakkan makan madu pada setiap hari kerana selain menambah stamina, ia berupaya meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan. Malah ia merupakan sumber tenaga yang hebat dan semulajadi. Juga berfungsi sebagai nutrisi lengkap untuk meningkatkan dan melancarkan ASI. 

7. Kurangkan minuman bikarbonat
 
Walaupun ibu yang menyusukan ketika bulan puasa digalakkan minum air yang banyak tetapi dinasihatkan supaya kurangkan pengambilan minuman yang mengandungi banyak gula seperti air bikarbonat (atau tidak mengambil langsung) dan minuman berkafein seperti kopi.
 
Mmm...mamapun sama....cuma mamatwinz mmg tak minat minum air manis tambah-tambah lagi yg berkafein....
So....moga ibu-ibu yg lain mendapat info darinyer...yazzzzz..

Tuesday, June 29, 2010

jom kita kongsi ilmu ni..........


Saya di sini ada satu petua untuk demam denggi yang saya upload dari internet.........

*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian
tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil
jus itu. (Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu
sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air
yang pahit).*

Kawan saya mencuba jus daun betik ini semasa
kena demam denggi. Dia sembuh tanpa perlu masuk wad. Selepas
minum jus daun betik itu, demam, sakit tulang dan sakit bebola mata reda
dengan cepat dan bilangan platlet naik semula dengan cepat. Tetapi,
walaupun demam sudah reda, dia masih mengalami
gejala-gejala deman denggi seperti "cramp" perut dan timbul
bintik-bintik merah. Dia pergi membuat ujian darah di klinik kerana
bintik-bintik merah penuh pada kedua-dua kaki. Doktor kata ia adalah
demam denggi kerana bintik-bintik merah itu timbul akibat bebuluh darah
pecah. Tetapi, keputusan ujian darah menunjukkan bilangan platlet berada
pada paras normal. Jadi dia tidak perlu masuk wad.

Petua ini sajer mama masukkan kat sini untuk kengkawan sbagai peringatan....Terdapat seorang pesakit yang berumur 50-an kena demam
denggi dan telah berada di hospital selama beberapa hari tetapi paras
platlet masih berada pada paras bahaya. Selepas minum jus daun betik
ini, dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya kerana platlet
sudah kembali ke paras normal.

Petua ini sudah lama diamalkan dan ramai pernah mencubanya menyebarkan petua ini di internet. Tetapi, perlu diingatkan bahawa setahu saya belum ada kajian saintifik mengenai jus daun betik dalam menyembuhkan penyakit demam denggi. Kesan sampingannya atau kemungkinan menyebabkan alergi pada sesetengah orang juga tidak diketahui. Oleh itu, percaya atau tidak petua ini dan kemungkinan risiko yang ada adalah keputusan dan tanggungan pesakit sendiri. Tetapi setakat ini, tiada kesan sampingan yang saya dengari...jadi selamat mencuba petua ini.

Saturday, January 16, 2010

Khasiat Buah Pisang..

Perhatian:



Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah , yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu . Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda .

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek . Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil . Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari . Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh .

Stress:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh . Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah .
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!�

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Catatan Keramat Diari Hidupku...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Puteri kembar Kami..Alyaa & Aina..

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Icha hadir penyeri suasana si kembarku...

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Pesanan Mama....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails